Tuesday, June 3, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Royal Commissions

Dr Mahathir Mohamad: Royal Commissions

Salam Bahagia Tun.

Tahniah, pendedahan tersebut amat baik untuk pengetahuan rakyat terbanyak.
Kita tunggu, atau jika perlu kita desak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya untuk perkara yang Ybgh Tun kemukakan itu.

Perkara ni tak perlu komen dari para menteri atau puak Pak Lah, yang perlu hanya pengumuman penubuhan Suruhanjaya / Jawatankuasa menyiasat..........

Pihak pembangkang (PKR,PAS,DAP) boleh tolong sokong penubuhan suruhanjaya macam kes VKL..........

Bravo YBGH Tuan.


Semuga bahagia selalu..............

Thursday, May 29, 2008

Dr Mahathir Mohamad: UMNO yang bukan lagi UMNO

Dr Mahathir Mohamad: UMNO yang bukan lagi UMNO

Assalamualaikum Tun. Apa pun yang sedang berlaku, kebijaksanaan Tun saja yang dapat membetulkan keadaan. Bantu lah kami mendapat sebuah negara Malaysia yang dinaungi pemimpin yang dapat memberi kesejahteraan rakyatnya.

Tulisan dan tindakan Tun dapat menarik lebih ramai penyokong yang dapat membantu memulihkan keadaan.Saya senantisa menilai pendapat dan menyokong Tun.

Mendoakan semuga Allah senantiasa merahmati Tun.

Thursday, March 20, 2008

MENGAPA BARISAN NASIONAL KALAH?

Jika anda penyokong BN, adakah anda telah berusaha sebelum Pilihanraya ke 12 yang lalu membantu BN untuk menang? Pastinya tidak sungguh-sungguh, kenapa?
Pastinya kerana tindak tanduk PM yang keterlaluan, disamping isu-isu semasa yang memualkan. Jika kenyataan ini tidak benar, dan anda ada pendabat lain , mari kita bincang dan kemukakan tindakan yang harus kita ambil . Disamping itu, kita bincang juga kewajaran tindakan Dato Mukhriz Mahathir mendesak PM meletak jawatan.

Selamat berbincang. Terima kasih.